BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 5, 2009

Sekolah Ditutup !

SUMBER: The Star

4 orang pelajar sekolah islam hidayah disahkan +ve H1N1 olej jabatan kesihatan.diharap ibubapa dapat menghadkan pergerakan anak-anak yang sakit hanya di rumah sahaja.


pesanan daripada dr. murni:
siapasiapa yang demam,batuk,selesemaetc,sila kuarantin diri di rumah.elakkan aktiviti berat(main futsal,window shopping.)+ tempat yang ramai orang.(wayang,shopping centre,cyber cafe.)kalau simptomsimptom semakin teruk+sesak nafas,sila bergegas ke hospital(bukan klinik ye.)untuk disaring.banyakkan minum air masak/air mineral+makan banyak buah yang ada vitamin C.(oren),limau,jambu batu+(etc.).jangan enjoy sakan.hehe.

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never mind. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Buruj

Buruj adalah kumpulan Bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda.
Contohnya buruj Bintang (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang);
buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari,
dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atau The Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal),
بروج (burūj) (jamak).
Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu.

Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut Zodiak.


Buruj Belantik boleh dilihat dari kebanyakan tempat di dunia pada suatu masa dalam setahun. Buruj ini ditandakan oleh garis sengkang kuning.

Kategori ini bagi kumpulan-kumpulan bintang-bintang kepada corak dalam langit, atau yang adalah dekat kepada satu sama lain secara visual (seperti dua bintang dan Asterisk)

12 cara untuk mengetahui kamu mencintai seseorang

Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


1:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

2:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

3:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

4:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

5:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

6:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

8:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

9:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

10:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

11:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....

Ari2 Saya Kerja , Saya Suka Kerja

Kes bukan takde kerja.

Kerja aku sangat banyakkk okkk. Tapi xpelah, tggungjwab kite kenala buat kan? Tp so far so good la.. bole lagi la buat, org kate xde la berat sangat kot. Buat projek pon dalam group, so cpat cket la siap.

Oh, jgn sangka aku bukak blog ni sebab aku free. Aku bz tetiap ari pagi sampai petang semenjak 2 menjak nh. Takde masa nak berangan lagi. Tak siap, mcm biase silalah heret sistem anda ke rumah ye. Semalam pon, ntah pukul baper aku tido. Buat sistem berselang-seli dengan Zettai Kareshi. Aku xleh duduk wat sistem 5 jam xbergerak. Mau terkeluar bjik mata aku kangg.

Aritu aku beli DVD movie kat member aku. Bukan die jual. Die punyer kawan kepada kakak die yang jual. DVD tu rege RM 5 jer sekeping. Beli 5 keping free 1. Kualiti so far aku tgok ok laaa...Then die nyer peket(peket ker?) pon kemas. Nampak la tu DVD. Macam2 citer ada yer..citer jepun, korea, omputeh, taiwan, anime....eh, sumer la ada. Kalau berminat, moh ler kome tanya ngan member aku. Aku xleh komen pjg2. Hehe..

For the past 2 week lak, wat pertama kali dalam 23 taun nh, aku leh lak beli novel. Tajuk 'Biar YM Berbicara' kat MPH Alamanda. Standard rege novel laa, RM 20 jerr..Tapi aku sangat hepi n rase cam orang paling bertuah saat tu pasal buku tu tinggal tu jele 1 kat MPH. Sold Out koo.. Balik umah, malam start ar projek aku bace novel. Tabiat aku kalu bace novel bersemangat giler. Dulu bace buku Kimia xder lak cmtuh ekkk.. Aku bace 2 ari je buku 52 bab tuh. Selagi xabes, haaa kauuuu selagi tu le aku bace. Tak makan pon xper, janji bace. (Cian Carol xmakan nasik tgahari tu sebab tukang masaknyer khusyuk ngan novel..hehe..die makan biskut je kutt..)

Then, last week cam biase aku n Cik Berantah pagi Alamanda (tempat meronggeng standard bg org2 kat putrjaya). Round punyer round g lagi MPH. Hantu tul kitorang tgok buku...Pakkal jer aku lum kemaruk lagi ngan buku. So, survey2 jela. Cik Berantah siap dah rembat Maryamah Karpov siri 4 kot. Aku standby for the next book jer, malas nak beli. Konon2 g Alamanda nak byar duwet PT jer.


Last2, aku beli gak sandal heel kat Walk-In AGAIN, shoping kat Carefour, g KFC.



Kesimpulannya, misi aku utk berjimat bulan ini adalah GAGAL. Ya, aku belum sedar diri rupenye.

H1N1

salam... tajok hari ni ialah H1N1...kat sekolah ade org suspek H1N1....kesian kan??? so,apelagi mesti r dpt cuti....sedih+gembira sgt....er....cuti seminggu... dri ari selase-ahad....bestn+boring.... selase ana gembire x sekolah sbb......ade KOKO.....balek lambat ngan sekolah rendah....sebab ade satu aulad nih...er...sape yg tahu...tahu jelah... dhlah satu bas...rumah kuning plak tu....kelas 4 UAK plak tuh...suke kaco orang...cri masala lak uh.... ish3..ada 2 org suspek H1N1...sape lah agak nyer???ape nk buat kalo x de ubat..
doajelah kan bia die orng sume cpat semboh...amin.

Tuesday, August 4, 2009

Teka-Teki Giler

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Bapak Buat Silap Mata

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Temubual seorang pemuda dengan gembala biri-biri

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....